Friday, February 12, 2010

IT dalam Matematik

ERmm...IT dalam P&P Mate...Bagaimana yer aplikasi Teknologi Maklumat boleh digunakan dalam proses Pengajaran?
"Dengan kemudahan mengakses internet di mana jua serta kos yang berpatutan adalah faktor perkembangan IT dalam pendidikan. Kemudahan web, cd(video), email,PowerPoint dapat menarik minat dalam pembalajaran Mate dan juga kepada Teknologi Komputer...."
Sila layari

http://www.docstoc.com/docs/19707653/92-INTEGRASI-TEKNOLOGI-MAKLUMAT-DAN-KOMUNIKASI-DALAM-PENGAJARAN

3 comments:

  1. IT sememangnya pemudah cara dalam semua urusan.Sehinggakan para guru telah menggunakan Teknologi Maklumat sebagai Alat Bantu Mengajar dlm proses P&P. Oleh itu, penggunaan IT dalam Matematik adalah langkah yng bijak untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari matematik. Ini kerana matematik sering di anggap susah. Dengan itu, penggunaan web, cd, email, powerpoint akn sedikit sebanyak mehilangkan stigma mereka untuk gerun dengan subjek matmatik.... Matematik akan menjadi menarik dan senang untuk dipelajari....

    ReplyDelete
  2. salam.

    Era teknologi maklumat, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana penggunaan media grafik, animasi, teks audio dan video ke dalam laman web. Perlaksanaan E-pembelajaran mampu mengubah cara pembelajaran dimana pelajar dengan lebih mudah dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. E-pembelajaran juga membantu perkongsian maklumat dengan lebih berkesan dengan penggunaan kaedah yang meluas digunakan di internet seperti forum, email, video dan chatting. Pengetahuan dalam e-pembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak dimana pelajar dapat mencapai maklumat dari laman web yang berkaitan. E-pembelajaran telah diperkenalkan sebagai satu strategi baru dalam kaedah pembelajaran dan menggantikan sistem pendidikan yang lama.

    kak jie juga ingin berkongsi Tips belajar menggunakan komputer..

    1. Pastikan cahaya lampu / matahari disekeliling anda cukup terang berbanding cahaya skrin monitor. Ini untuk mengelakkan mata anda menerima terlalu banyak cahaya dan akan merosakkan mata.

    2. Pastikan kedudukan monitor anda selari dengan mata atau bawah sedikit daripada pandangan mata. Ini bertujuan supaya mata dan juga leher anda tidak cepat letih.

    3. Berehat sekurang-kurangnya 15 minit dengan memandang tempat yang jauh selepas menggunakan komputer selama 1 jam. Ini bertujuan mengurangkan keletihan mata dan juga memastikan anak mata sentiasa sihat.

    4. Seboleh-bolehnya kerusi yang anda guna selesa dengan badan anda. Meletakkan bantal kecil dibawah punggung anda juga boleh memberi keselesaan jika anda menggunakan kerusi kayu.

    5. Pastikan tetikus (mouse) anda selaras dengan tinggi kedudukan anda. Jika kedudukan mouse terlalu tinggi atau rendah, ia akan menyebabkan keletihan pada tangan anda.

    Semoga anda dapat menggunakan kemudahan yang telah sedia ada dengan sepenuhnya dan sekaligus meningkatkan mutu pembelajaran anda..

    selamat mencuba!

    Sekian terima kasih...

    ReplyDelete
  3. Penggunaan IT dalam matematik sangat digalakkan. ini kerana IT boleh menjadi alat bahan bantu mengajar bagi guru dalam membantu proses pengajaran. Komputer beleh menarik minat pelajar untuk belajar Matematik dengan penggunaan perisian yang menarik dan pelbagai.Ini akan menarik minat pelajar untuk belajar matematik.

    ReplyDelete

Chat Room


ShoutMix chat widget